Polis berjaya menumpaskan dua sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah dengan penahanan lima individu bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM25.7 juta.<br /><br />Kesemua suspek termasuk seorang wanita, ditahan dalam serbuan di Selangor dan Kedah yang dilakukan semalam dan awal pagi tadi.